Thursday, June 5, 2008

Bermulanya Perjuangan


Safi Bakeri sebenarnya telah ditubuhkan pada 13hb Disember 2007. Walaupun berbagai rintangan dan halangan yang datang bertandang, namun berbekalkan kecekalan dan kesabaran, maka dengan izin Allah SubhanaTaala, kedai Safi Bakeri telah dibuka secara rasminya pada 11hb Mei 2008 di Medan Klebang Restu, Chemor. Tarikh pembukaan yang tidak dirancang itu rupa-rupanya merupakan satu tarikh yang istimewa iaitu bersamaan dengan sambutan Hari Ibu. Bagaikan kebetulan, Tuhan telah merancang supaya kedai kami dibuka pada satu hari di mana para ibu-ibu diberi penghormatan. Malah bagi kami, ibu adalah sumber inspirasi dan semangat kami untuk meneruskan perjuangan memperbanyakkan lagi usahawan Melayu dalam industri pemakanan yang bersih dan terpelihara kesuciannya. Semoga perjuangan kami yang baru bermula ini akan mendapat rahmat dari Tuhan Yang Maha Esa dan mendapat sokongan dari semua...

Salam,
~Umie~

Yang didengar ada bezanya dengan yang dilihat,
yang dilihat berbeza pula setelah dimengerti dan difahami...
Andai engkau mampu dan mahu memahami sekelumit dari diri aku,
maka engkau pasti akan mengerti....

2 comments:

The Baker's Oven said...

Taniah atas pembukaan Kedai anda.

dari
AyuSaliza @http://thebakersoven.blogspot.com

safi_bakeri said...

time kaseh..harap leh bertukar pendapat yer...