Thursday, November 6, 2008

kini...

Assalamualaikum & salam sejahtera...
begitu lama tak dapat mengemaskini laman blog ini atas sebab-sebab kesibukan sepanjang persiapan menjelang Ramadhan & juga Syawal 1429H yang lalu...
bukan sahaja pembuatan kek, tetapi persiapan untuk biskut raya & juga bahan-bahan membuat biskut raya juga perlu diberi perhatian...tahun ini merupakan pengalaman pertama kami..lan pada bulan puasa..Alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan oleh Allah tidak putus tetapi berkesinambungan daripada bulan-bulan yang sebelumnya..
sekalung ucapan terima kasih kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak kerana telah memberi peluang kepada Safi Bakeri untuk membuat jualan sempena Bazar Raya yang diadakan pada bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah dengan usia Safi Bakeri yang masih 'muda', tidak dijangka bahawa gerai kami mendapat sambutan yang menggalakkan. Malah ada juga staff LHDN yang berkunjung ke kedai kami selepas jualan tersebut walaupun masing-masing tinggal jauh dari lokasi kami.
Dan hari ini, saya menerima panggilan drpd seseorang yg mendapat pamphlet kami.Terima kasih kpd pemanggil yg sudi menghubungi saya untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan kek & pelbagai berkenaan Safi Bakeri.
Di kesempatan ini, saya 'selitkan' beberapa gambar kedai kami yang terkini...









untuk pengetahuan semua, selain daripada menjual kek & roti, di Safi Bakeri juga terdapat bahan-bahan serta peralatan untuk membuat kek,roti & biskut...
malah kami juga menerima tempahan serta menjual pelbagai bentuk gubahan hantaran...
jika ingin tahu atau pun ingin mengenali Safi Bakeri, kedai bakeri Melayu Islam, silalah berkunjung ke kedai kami di No. 14,Laluan Klebang Restu 19, Medan Klebang Restu, Chemor,Ipoh, Perak (berhampiran pembinaan Masjid Klebang Restu)...


Umie~012-4862553

"Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,dan berusaha pulalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esok"-IBNU UMAR

No comments: