Thursday, May 7, 2009

Selamat Hari Jadi Arif Hakimi

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Semalam, saya mendapat panggilan daripada seorang kawan, Afifah dan juga suaminya, Zack..Bekas kawan sekerja semasa sama-sama bertugas di Telekom Jln Dato' Onn Jaafar, Ipoh..Hari ini merupakan harijadi anak sulung mereka yg ke-4 tahun, Arif Hakimi.. Kesepakatan telah dicapai, mereka ingin kek chocolate moist 1kg yg mempunyai kartun..pada mulanya Ben 10, tapi memandangkan perlu melihat sama ada stock untuk edible image Ben 10 masih ada atau tidak, terpaksalah tiada janji yang diberi..menurut mereka, jika tiada, Ultraman yang menggunakan chocolate sudah memadai..pagi tadi apabila melihat Ben 10 edible image tiada, terasa ingin menyediakan Ultraman chocolate...tetapi teringat pula apabila mendengar suara Arif semalam yang menyebut 'Ben 10', tidak sampai hati untuk mengecewakan kanak-kanak..
Dengan semangat ingin memenuhi impian seorang kanak-kanak, saya mencari juga edible image di kedai bahan-bahan kek di bandar Ipoh..ternyata, nasib menyebelahi.Edible image Ben 10 sudah ada..Alhamdulillah..
semoga Arif gembira di harijadinya pada hari ini...
Terima kasih Ifa & Zack yang sanggup datang daripada Simpang Pulai ke Chemor semata-mata untuk memberi sokongan kepada kawan yang seorang ini.. :)


No comments: