Saturday, November 8, 2008

kek perkahwinan_double love

assalamualaikum w.b.t...

menjelang cuti sekolah yg bakal menjelang tiba, bermakna musim kenduri kendara turut sama memeriahkan suasana...sudah menjadi 'adat' di dalam masyarakat khasnya bagi masyarakat Melayu, cuti sekolah adalah masa untuk menjalankan majlis pertunangan dan juga majlis perkahwinan kerana dapat bersama-sama dengan sanak saudara sama ada jauh mahu pun dekat...bersempena dengan itu, saya ingin berkongsi contoh-contoh kek yang paling 'fofular' di kalangan pelanggan Safi Bakeri untuk tempahan bagi kek perkahwinan..

kek berbentuk double love menjadi pilihan pasangan pengantin...



yang ini pula menginginkan double_double love yang bertingkat tanpa tiang..masih bertema warna hijau...


manakala kek double_double love ini pula adalah kek yang saya perbuat khas untuk perkahwinan adik angkat saya di P.Pinang ...beliau amat menggemari kartun..jadi, atas permintaan beliau, saya tunaikan kek perkahwinan yang mempunyai gambar kartun :)



walau begitu, kek yang berbentuk bulat dan juga empat segi juga masih diminati ramai...cuma yang berbeza, kek double love ini nampak lebih anggun & sesuai dengan ikatan dua hati menjadi satu para pengantin...

selamat pengantin baru kepada semua bakal pengantin yg akan berkahwin pada musim cuti sekolah ini..
sebarang tempahan kek perkahwinan boleh lah dibuat bermula daripada sekarang yea... :)
Umie ~ 012-4862553

No comments: