Tuesday, November 25, 2008

Untuk anak tersayang

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Dan Penyayang..

Diam tak diam sudah lebih dari seminggu cuti sekolah bermula...berbagai tempahan kek kahwin & bertunang yg kedai kami terima..Bukan sahaja dari kaum Melayu, malah dari kaum India yang turut sama menggunakan kesempatan cuti sekolah untuk mengadakan majlis perkahwinan...Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Illahi..Malah ada juga yang membuat tempahan gubahan hantaran :)
Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menyambut harijadi pada bulan ini... saya begitu tertarik dengan permintaan seorang pelanggan yang menempah kek buat anaknya yg berusia 1 tahun.. daripada patern tempahan beliau, saya menyedari bahawa kasih ibu tidak boleh dijual beli..malah, sukar sekali untuk dibalas...
Ketika sedang bersiap untuk pulang ke rumah, Safi Bakeri didatangi seorang pelanggan dgn membawa bantal panjang yang bergambar Winnie the Pooh...rupa-rupanya, bantal tersebut merupakan bantal kesayangan anaknya atau lebih dikenali sebagai 'bantal busuk' ... pelanggan tersebut meminta saya untuk membuat kek yang serupa dgn 'bantal busuk' tersebut demi anak yang tercinta... dan bagi menunaikan impian pelanggan yg saya hormati, maka saya telah menggunakan kemahiran yg ada bagi memenuhi apa yg diminta..semoga pelanggan tersebut berpuas hati dengan kek yang saya perbuat... :)
bantal bucuk :)

kek yg bertemakan bantal kesayangan ;p

***********************************************************************************

"kita tidak pernah tahu apa yang akan kita temui dalam hidup ini sehinggalah ia datang dan kekal di dalam hati....."
umie ~ 012-4862553

No comments: